TANGGUNGJAWAB REAKSI

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ORGANISASI RADIO AMATUR

Kami bertanggungjawab menyampaikan informasi dan pengetahuan yang sahih dan terkini terutamanya kepada pengendali radio amatur serta membawa suara majoriti kepada pihak berkuasa. Dunia radio amatur pada hari ini bukan hanya terletak kemahiran mengetuk kekunci Morse atau menekan PTT melalui set bergerak dan alat genggam semata-mata, malah radio amatur boleh melakukan banyak aktiviti lain yang lebih menarik dengan menggunakan frekuensi serendah puluhan kHz hinggalah ke ratusan GHz.


TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ENTITI PERNIAGAAN

Kami perlu memastikan pelanggan-pelanggan kami menerima produk atau perkhidmatan terbaik setimpal dengan kos yang telah dibelanjakan. Selain daripada menjana keuntungan kepada organisasi, aspek kualiti produk dan perkhidmatan amatlah dititikberatkan. Kami perlu mengendalikan sebarang masalah berkaitan produk dan perkhidmatan yang dibangkitkan oleh pelanggan dengan penuh tanggungjawab, cekap dan berhemah.