SOALAN-SOALAN LAZIM

Berikut merupakan beberapa kompilasi soalan yang kerap diajukan kepada REAKSI.


Q: Bolehkah saya mendaftar menjadi ahli REAKSI?

A: Terdapat beberapa kriteria yang REAKSI tetapkan bagi mendaftar menjadi ahli.  Pertama, calon mestilah menetap di daerah Kerian atau 10km dari sempadan daerah. Calon dari luar daerah juga akan dipertimbangkan selepas mengambil kira sumbangan dan kadar aktif dalam aktiviti radio amatur. Selain itu, kriteria lain yang diambil kira ialah calon perlu memiliki AA terlebih dahulu sebelum memohon keahlian. 


Q: Berapakah yuran tahunan REAKSI?

A: Yuran yang REAKSI kenakan kepada ahli adalah RM30/tahun sahaja. Tambahan yuran pemprosesan sebanyak RM40 turut dikenakan kepada setiap pendaftaran keahlian baharu. Buat masa ini belum ada sebarang yuran tambahan yang dikenakan kepada ahli untuk membiayai mana-mana fasiliti yang telah disediakan.


Q: Saya tidak menjadi ahli tetapi bolehkah saya menggunakan fasiliti REAKSI?

A: Anda boleh menggunakan fasiliti seperti repeater-repeater yang dipasang dan diselenggara oleh REAKSI secara percuma. Namun begitu, terdapat beberapa fasiliti yang terdapat di rumah kelab dihadkan kepada ahli berbayar REAKSI sahaja dan bergantung kepada budi bicara pengurus rumah kelab.


Q: Bolehkah saya menyertai program atau aktiviti REAKSI sedangkan saya bukan ahli?

A: Anda amat dialu-alukan menyertai program yang REAKSI anjurkan tanpa mengira dari persatuan mana anda datang asalkan anda boleh mematuhi garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan. Perbezaan dari segi ideologi politik, pemahaman agama dan keturunan diketepikan sepanjang aktiviti dijalankan.


Q: Bolehkah kelab radio amatur seperti REAKSI menjalankan perniagaan bagi mengaut keuntungan?

A: Fasal 6.4 Perlembagaan REAKSI telah memberikan kebenaran menjalankan apa sahaja kegiatan ekonomi yang berkaitan bagi mendapatkan keuntungan. Oleh itu, usaha yang REAKSI jalankan sepatutnya disokong supaya REAKSI dapat berdikari dan terus beroperasi tanpa bergantung kepada sumbangan dana awam semata-mata.


Q: Saya baru nak mengenali radio amatur, di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut?

A: Maklumat berkaitan dengan radio amatur boleh diperolehi di laman sesawang kami iaitu https://www.reaksi.org.my/library


Q: Saya belum ada lesen tetapi bolehkah saya menggunakan alat komunikasi dua hala yang saya beli dan bercakap dengan pengendali radio amatur yang lain?

A: Tidak boleh. Perkara tersebut menyalahi undang-undang dan boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Namun begitu, anda boleh menjadi Short Wave Listener (SWL) dan mendengar perbualan pengendali radio amatur yang lain sehinggalah anda mendapat lesen radio amatur.


Q: Apakah produk yang REAKSI hasilkan? Adakah ia berkualiti dan selamat digunakan?

A: REAKSI menghasilkan banyak antenna dari jalur HF sehinggalah ke UHF. Selain itu, REAKSI juga menghasilkan banyak kit dan aksesori radio amatur. Kebiasaannya REAKSI akan membuat pengeluaran produk setelah produk prototaip diuji dan digunakan bagi operasi kelab. Jika produk benar-benar selamat barulah proses pengeluaran produk dilakukan.


Q: Apakah perkhidmatan lain yang REAKSI tawarkan?

A: Kami menawarkan pelbagai latihan kemahiran dan konsultansi berkaitan dengan kejuruteraan elektrikal, elektronik serta komunikasi. Sila rujuk pautan berikut: https://www.reaksi.org.my/services