album

cq merdeka

Antara acara khas yang ditunggu-tunggu pada bulan Ogos hingga September setiap tahun. Kelab dan persatuan di negeri masing-masing akan menawarkan diri menjadi penganjur acara khas ini bagi menggunakan Callsign 9MxxMy. ("xx" ialah bilangan tahun kemerdekaan Malaysia, "y" ialah huruf mengikut negeri masing-masing).

bota

Mengendalikan radio amatur di rumah kadang-kadang boleh jadi perkara yang membosankan. Berikutan itu, pengendali radio amatur meluangkan masa keluar bersama-sama ke pantai yang menjadi pilihan dan mengendalikan stesen radio amatur di sana. Selain daripada mengumpulkan bilangan QSO, mereka juga bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan.

jota

JOTA sudah menjadi acara yang sinonim dengan pengakap bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kebiasaannya JOTA antarabangsa akan ke udara pada minggu ke-3 bulan Oktober setiap tahun. Pengakap di daerah masing-masing akan menganjurkan perkhemahan dan mengendalikan stesen radio amatur di tapak perkhemahan tersebut dan berhubung antara satu sama lain.

BENGKEL

Bagi mereka yang minat dengan aktiviti hands-on dan penambahan pengetahuan teknikal pastinya tidak akan melepaskan peluang menyertai bengkel-bengkel yang disediakan. Bukan sahaja dapat belajar ilmu baharu tetapi yang paling penting dapat mengaplikasikan pengentahuan yang ditimba pada masa akan datang.

high altitude balloon (hab)

Satu lagi acara yang agak ekstrem di mana peralatan komunikasi dan sensor-sensor tertentu dimuatkan pada sebuah belon gergasi. Belon tersebut diterbangkan pada ketinggian melebihi 10000m atau 10km dari aras laut manakala pengendali radio amatur di bawah akan mengumpulkan data-data telemetri yang dipancarkan dari belon. Pengendali radio amatur juga menggerakkan aktiviti SAR bagi mencari kedudukan belon yang dijatuhkan selepas aktiviti tamat.

eyeball & KERAMAIAN

Radio amatur adalah hobi yang memerlukan penglibatan ramai. Oleh itu, aktiviti sesama pengendali radio amatur diadakan agar dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping merancang apakah aktiviti yang sesuai dianjurkan pada masa akan datang.

lawatan

Bertepatan dengan slogan yang dipopularkan oleh REAKSI iaitu "KITA BERSAHABAT", maka REAKSI kerap menerima kunjungan daripada pelbagai agensi, kelab mahupun individu bagi tujuan menyambung silaturahim dan usaha kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

latihan emcomm

Radio amatur menuntut pengendalinya agar sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh itu, aktiviti Emergency Communication (EmComm) diwujudkan sama ada penganjuran set simulasi bagi meningkatkan kemahiran komunikasi mahupun mendirikan stesen sebenar di lokasi yang terjejas bencana dan kecemasan.

repeater

Sudah tentu komunikasi radio amatur di VHF dan UHF tidak dapat melangkaui ratusan kilometer jika tanpa bantuan pemasangan stesen repeater. Berikutan itu, REAKSI turut membangunkan beberapa stesen repeater di samping membantu organisasi lain memasang repeater di beberapa tempat pilihan.