RAKAN BAHARU

Selamat datang dan menceburkan diri dalam hobi dan aktiviti radio amatur. Radio amatur merupakan hobi yang unik di mana setiap orang yang menyertainya mempunyai pelbagai minat yang berbeza. Ada pengendali radio amatur yang menjadikan hobi bersembang di frekuensi menggunakan walkie-talkie sebagai hobi, manakala ada pengendali radio amatur yang lain pula seronok mereka cipta pelbagai peralatan komunikasi sendiri menggunakan barangan perkakasan harian di rumah.

Walau apa sekalipun minat seseorang pengendali radio amatur tersebut, mereka masih perlu mematuhi perundangan dan had yang telah ditetapkan. Di Malaysia dan kebanyakan negara lain di dunia, radio amatur merupakan hobi yang dilesenkan dan dikawal selia oleh badan perundangan di negara masing-masing. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertanggungjawab ke atas perkhidmatan hobi radio amatur di Malaysia. Mereka secara langsung terlibat dalam mengendalikan Peperiksaan Radio Amatur (RAE), memproses lesen penguntukan radas (AA) dan menguat kuasa peraturan yang berkaitan dengan radio amatur di Malaysia.

Kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam hobi ini, mereka disarankan bagi merujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh MCMC seperti di bawah sebagai rujukan utama. Selain itu, REAKSI turut menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan dan diceburi oleh pengendali radio amatur setelah mereka memiliki lesen radio amatur.

Kepada Mereka yang berminat ingin menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) atau mendapatkan bank soalan peperiksaan radio amatur terkini bolehlah melayari laman sesawang MCMC seperti berikut:

https://www.mcmc.gov.my/en/amateur-radio-operator-certification

GARIS PANDUAN RADIO AMATUR MALAYSIA (KEMASKINI 12/2022)

Amateur-Radio-Service-in-Malaysia-3rd-Edition_v1.pdf

22 PERKARA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN RADIO AMATUR

Flyers REAKSI.pdf