RAKAN STRATEGIK REAKSI

MARTS

Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) merupakan sebuah organisasi radio amatur tertua di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1952. MARTS juga merupakan wakil kepada Malaysia dalam pengurusan radio amatur di peringkat antarabangsa yang diletakkan di bawah organisasi International Amateur Radio Union (IARU). Kelab kami pula memainkan peranan menjadi sebahagian daripada AHLI GABUNGAN di bawah MARTS bersama beberapa organisasi radio amatur yang lain.


DAFCON

REAKSI amat berbesar hati atas kerjasama yang diusahakan bersama-sama dengan DAFCON yang diterajui oleh Dr. Fathurrahman Lananan (9M2FLP). REAKSI telah diberikan kebenaran dalam pembuatan dan pengeluaran beberapa produk radio amatur yang diusahakan oleh DAFCON sebelum ini. Pastinya akan lebih banyak kerjasama yang akan diaturkan antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.


PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AEROANGKASA USM

Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah dibangunakan di Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak lebih 20 tahun yang lalu. Kedudukan kampus kejuruteraan tersebut yang dekat dengan daerah Kerian, Perak memudahkan kami bekerjasama dalam sebarang aktiviti yang berkaitan. Kebelakangan ini, banyak program anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeorangkasa dapat kami sertai sama ada sebagai jurulatih mahupun peserta.