pUSAT SUMBER

Terdapat pelbagai informasi bermanfaat yang boleh diperolehi di sini. REAKSI telahpun mengelaskan kandungan-kandungan kepada topik-topik yang lebih menarik. Bahan bacaan yang disediakan di laman REAKSI ini boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada pengendali radio amatur yang baharu atau kepada SWL yang masih belum memiliki penguntukan radas, malah ia boleh menjadi rujukan kepada semua pengendali radio amatur tanpa mengira kelas dan pengalaman.

" Kami juga pengendali radio amatur seperti anda. Kami berusaha menambah pengetahuan dari semasa ke semasa. Kami berharap anda juga boleh berkongsi pengetahuan bersama-sama kami untuk dikongsikan di halaman ini. Hantarkan melalui talian WhatsApp / Telegram +60 17-764 0464. "